Thursday, February 2, 2012

TAJUK 4 : PEMBINAAN UJIAN


SOALAN OBJEKTIF

DEFINISI

Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.

“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa”

(Gronland,1977).

Antara contoh soalan berbentuk objektif:

  • Item jenis pendek
  • Item jenis padanan
  • Item jenis anekapilihan
  • Item kloz

Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:

  1. Item respon bebas
  2. Item respon tetap (item objektif pilihan)

Item respon bebas

Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.

Contoh;

1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________

2. Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.

Item respon tetap (item jenis pilihan)

Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.

Jenis soalan respon tetap;

1. Format salah betul

2. Padanan

3. Aneka pilihan

Format salah betul

Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).

Contoh;

Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:

1. Hitam – Putih ( )

Padanan

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.

Aneka Pilihan

Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.

Jenis item aneka pilihan;

1. Berbentuk soalan

2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap

3. Jenis jawapan terbaik

4. Analogi

5. Antonim

6. Jenis negatif

7. Mengisi tempat kosong

8. Item jenis campuran

9. Teknik kloz

Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:

1. Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan.

2. Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.

3. Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.

Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:

1. Arahan mesti jelas dan mudah difahami.

2. Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.

3. Jawapan yang disediakan haruslah logik.

4. Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.

5. Aras kesukaran haruslah setara.

6. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.

7. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.

Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif

Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah:

a) Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat.

b) Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin.

c) Tidak menggalakkan penipuan.

d) Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.

e) Ia boleh diskor dengan tepat.

f) Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih.

g) Pemeriksaan boleh dipercayai.

h) Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.

i) Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.

j) Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.

k) Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik.

Di samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan pada ujian objektif ini:

a) Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.

b) Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.

c) Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir.

d) Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan.

e) Ia tidak dapat mengukur keaslian.


SOALAN SUBJEKTIF

DEFINISI

Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

Terdapat dua jenis soalan subjektif:

1. Item jenis struktur

2. Item jenis esei

Prinsip pembinaan soalan jenis struktur

Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei

Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Terdapat dua jenis item esei

  1. Item tindak balas terhad
  2. Item tindak balas lanjutan

Item tindak balas terhad

Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.

Item tindak balas lanjutan

Item jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka.

Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif

Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

a) Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit.

b) Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan.

c) Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya. Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar, mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.

d) Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar.

e) Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.

f) Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi.

g) Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian

h) Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya.

Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan:

a) Nilai potensi diagnostik yang rendah

b) Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.

c) Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih.

d) Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.

e) Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.

f) Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.

g) Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.


TAJUK 3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Tujuan JSU diwujudkan.

Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan – tidak tahu aras)

Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan.

Ciri-ciri JSU

  • Merupakan matrik yg terdiri drpd 2 paksi iaitu paksi melintang – aras kemahiran dan menegak – kandungan.
  • Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan.
  • Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi.
  • Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran.
  • Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%.
  • Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain.
  • Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.

· Kepentingan JSU

• Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.

• Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran

• Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

• Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.

• Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

• Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

JSU mengandungi maklumat tentang:


• Bentuk dan panjangnya ujian

• Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji

• JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.

• Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.

• Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.

• Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.

• Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.

• Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)


Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina.
Contohnya;
soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

TAJUK 2 : TAKSONOMI DAN DOMAIN

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]

- Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
- Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
- Terdapat tiga domain utama dalam
pendidikan iaitu :-
Ø Domain Kognitif
Ø Domain Afektif
Ø Domain Psikomotor
Ø Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
Ø Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
Ø Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

DOMAIN KOGNITIF
- Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
- Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
- Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
- Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.


TAKSONOMI BLOOM

- Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.


TAHAP

ISTILAH

Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan,

namakan, labelkan.

Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,

tulis semula.

Penggunaan

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

Analisis

Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

Penilaian

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Jadual 2.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)



DOMAIN KRATHWOHL

Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex).

Diasaskan oleh, David R. Krathwohl

-Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.

-Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang

dapat membentuk sikap positif.


PENERIMAAN
-Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.

-Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.

-Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:

(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.

(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam

satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.

(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian


GERAK BALAS

- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

MENILAI
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.

- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.


ORGANISASI
-Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.

- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

TAJUK 1 : PENGERTIAN DAN KONSEP

KONSEP PENTAKSIRAN

-Langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu (Mokhtar Ismail,1985)-tahap, status dan nilai-merangkumi skala, ordinal dan selang-menentukan kedudukan dan pencapaian murid

KONSEP PENGUJIAN

-satu cara sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu

-alat mengukur paling penting untuk menimbulkan kebolehpercayaan

-mengesan penguasaan dan pencapaian kemajuan pelajar dalam bahasa Melayu.

-alat mengukur/pengukuran pencapaian-kognitif,psikomotor,afektif

-penilaian mestilah bersifat eksplisit (mampu menjawab secara lisan dan menulis)


KONSEP PENILAIAN:

-proses pengumpulan maklumat untuk membuat keputusan

-proses membuat analisis

-selepas pengujian dan pentaksiran

-untuk membuat tindakan selanjutnya

Prosedur:

1.Persediaan ujian

2.Pentadbiran

3.Pemeriksaan dan pengukuhan

4.Analisis, interprestasi dan tindakan.

PERBEZAAN DI ANTARA PENGUJIAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN SECARA RINGKAS……

Pengertian:

Pengujian-Proses menentukan perubahan tingkah laku.

Pentaksiran-Proses menentukan peringkat pencapian dan kedudukan di antara pelajar.

Penilaian-Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran.

Tujuan:

Pengujian-Menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu pembelajaran

Pentaksiran-Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran.

Penilaian-Memberi maklumat mengenai pencapaian pelajar, objektif pelajaran, kaedah mengajara dan kurikulum.

Kegunaan:

Pengujian-Untuk menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai.

Pentaksiran-Untuk pengelasan, pensijilan dan menempatkan pelajar dalam jurusan yang sesuai dan untuk penyelidikan.

Penilain-Untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum ,pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan.

Bentuk:

Pengujian-Pemerhatian, ujian lisan dan bertulis.

Pentaksiran-Ujian bertulis dengan gred dan markah.

Penilaian-Jadual / gred berdasarkan teknik perangkaan.

Masa:

Pengujian-Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran.

Pentaksiran-Selepas beberapa pelajaran

Penilaian-Sebelum, semasa dan selepas atau beberapa pelajaran

Proses pelaksanan:

Pengujian-Persediaan ujian ,Pentadbiran ,Pemeriksaan

Pentaksiran-Proses pengujian ,Merekod markah / gred

Penilaian-Proses pengukuran ,Proses penganalisisan ,Proses Interprestasi ,Melapor ,Tindakan